Selasa, 13 Mei 2014

ELEKTRONIK TINGKATAN 3




1 . Komponen Elektronik



                                              


A.  Litar Bersepadu
     Litar bersepadu ialah sejenis komponen elektrik yang paling popular            digunakan pada peralatan elektronik.


a. Binaan
i.  I.C
    -Mengandungi gabungan komponen elektronik seperti
      transistor,perintang,diod,dan pemuat yang diperbuat daripada
      bahan separa pengalir.
    -Gabungan ini dapat menghasilkan satu pakej yang sangat kecil
      yang dinamakan serpihan. Serpihan mempunyai satu litar
      lengkap atau separa lengkap.
      Fungsi
      I.C berfungsi sebagai satu litar yang kompleks dan kecil saiznya
      bagi menjimatkan ruang


ii.  Wayar emas
    - Biasanya digunakan untuk menyambung serpihan  pada pin-pin I.C.
    -Serpihan I.C ditutup dengan perumah plastik atau logam bagi
      melindunginya daripada rosak.

 iii.  Pin-pin
      -Kaki I.C akan bertambah sekiranya litarnya mempunyai fungsi yang  
        kompleks..
       -Setiap pin I.C mempunyai fungsi yang tertentu. Nombor-nombor
        yang terdapat pada pin I.C dapat menyatakan fungsi-fungsi I.C
        dengan merujuk kepada lembaran data.
       -Lembar data boleh diperoleh daripada pengilang atau pembekal
         yang membekalkan I.C tersebut.


                                                         


    iv  I.C Muzik
      - I.C muzik merupakan komponen elektronik yang menyerupai
         sebuah transistor.
      -I.C muzik mempunyai 3 kaki.
      - Perbezaan IC muzik dengan transistor biasa, komponen ini dilihat
         pada nombor yang tercetak pada badan IC muzik berkenaan. IC
         muzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L atau FT 66T-68L.
      -Irama yang dihasilkan oleh IC muzik yang digunakan dalam projek
       akan berbeza mengikut nombor atau jenis IC muzik yang digunakan.

b. Kaedah Pengguna IC dan Cara Penyimpanan 

i .  IC adalah sangat kompleks dan sensitif, maka ia harus digunakan
     secara berhati-hati supaya dapat mengelakkan kerosakan terutama
     pada bahagian kakinya.
ii.  Kerosakan IC boleh berlaku apabila suhu terlalu tinggi atau voltan
     arus yang berlebihan melaluinya.
iii.  Bagi mengelakkan kerosakan, soket IC harus digunakan untuk
     pematerian pada litar. Jangan pateri terus kepada IC.


                                            
                                        


B.  Suis Mikro
Suis mikro adalah suis yang sangat kecil.
a.Binaan
   i - Suis mikro mempunyai tiga pin di bahagian bawahnya, iaitu pin
     COM (Common), pin NO (Normally open), dan pin NC (Normally
     Closed).


ii. Pin COM
 -  bertindak sebagai punca neutral dalam litar. Manakala pin NO dan      
    pin NC bertindak sebagai punca hidup.3) Dalam keadaan biasa suis             mikro,satu litar lengkap akan berlaku daripada pin COM ke pin NC
    kerana spring menyentuh sesentuh A.

iii. Manakala apabila tuil penolak ditekan, penolak akan menolak
    spring dan menyentuh sesentuh B. Maka satu litar lengkap akan
    berlaku daripada pin COM ke pin NO.



Fungsi


a. Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam

   satu suis, suis mikro boleh bertindak sebagai suis tekan tutup dan
   suis tekan buka.
b. Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindak
   sebagai suis pemutus keselamatan.






                              




C.  Mikrofon
    Mikrofon ialah komponen elektronik yang berfungsi untuk menerima
    gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik.

1.  Jenis mikrofon yang biasa digunakan ialah
          



                         


     a) mikrofon gegelung bergerak (dinamik)


                    


     b) mikrofon jenis pemuat


                         


    c) mikrofon jenis karbon

Binaan
a. Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduser
    yang berfungsi untuk mengesan gelombang bunyi.
b. Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkan
    kepada gelombang elektrik
c. Transduser yang biasa digunakan dalam mikrofon ialah transduser
    jenis gegelung bergerak, jenis pemuat, dan jenis karbon.




                                                     




D. Pembesar Suara
    Pembesar suara merupakan komponen elektronik yang digunakan
    pada alatan dan perkakas yang mengeluarkan bunyi.
    Ia berfungsi untuk menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang          
     bunyi.

Binaan
a.  Pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, diafragma, gegelung
    dawai, kerangka, dan tamatan.
b.  Gegelung dililit pada kertas keras yang berbentuk silinder dan
     dilekatkan di hujung diafragma.
c.   Gegelung ini ditempatkan dalam sela udara pada magnet kekal.
d.  Kerangka digunakan untuk memegang diafragma supaya tidak   
     tertanggal.


Fungsi
a  .Gegelung elektrik yang masuk pada tamatan akan mengalir
    melalui gegelung.
b . Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada
    gegelung.
c. Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet
    yang dihasilkan oleh magnet kekal.
d. Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.
e. Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragma
     bergetar.
f. Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.


Membaca dan Menterjemah Lukisan Skematik

Lukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dan
kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran yang
diperoleh dalam lukisan skematik ialah:
a) Komponen
b) Cara penyambungan\
c) Punca bekalan
d) Punca tamatan

Penghasilan Projek
Langkah-langkah menghasilkan projek:
a.  Membentuk Kaki Komponen
b.  Memasang Komponen
c.  Menyemak Pemasangan
d.  Mematerikan Kaki Komponen
e.  Memotong Kaki Komponen yang Berlebihan
f.  Menguji Projek
g.  Membersih dan Menyimpan Alatan Tangan dan Bahan
h.  Aplikasi Projek






             

Isnin, 12 Mei 2014

ELEKTRIK ELEKTIF TINGKATAN 2


                       
                             



      A Definisi

            a.        Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik
           b.        Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V)
           c.        Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik
          d.        Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I)
          e.        Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus
          f.        Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm


B.  Hukum Ohm
     Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan    

     Rintangan Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm






 a, Meter Ampere

Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar
Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar






b.Meter Pelbagai
Kegunaan
                 Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan
Untuk menguji keterusan litar


Add caption

        c. Bahagian meter pelbagai

A = Skala B = Skru pelaras sifar
C = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat

E = Punca positif F = Punca Negatif
G = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk

               i.        Skala
Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik
              ii.        Jarum Penunjuk
berfungsi menunjukkan bacaan pada skala
            iii.        Skru Pelaras Sifar
berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)
             iv.        Pelaras Sifar Ohm
berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan
              v.        Prob Negatif dan prob Positif
berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik
prob hitam untuk negati dan prob merah untuk positif
             vi.        Tombol Pemilih Julat
berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki
           vii.        Julat
berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur

d.  Membaca meter Ohm pada meter pelbagai
Langkah-langkah membaca meter Ohm
1.     Laraskan tombol ke julat bacaan ohm
2.    Temukan kedua-dua prob negatif dan positif
3.    Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)

      


      C.    Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik



            a  Fius Perkhidmatan
Fungsi – untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil penggunaan



                                    


           Penyambung Neutral
Fungsi – menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral


\\


\\
                         





 jenis digital                                                                            Meter analog



c.  Meter KWJ
Fungsi – untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik
jenis   – terdapat dua jenis meter
  

                           \     
                                     
           
c.    Suis Utama
Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah
Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah
      §   Di dalamnya terpasang fius katrij



                                             


d.    Pemutus Litar bocor ke bumi
         berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas








e.    Kotak agihan berfius
         berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar





                                              




f.    Suis dan Soket
          Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik
           Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

B.    Kuasa Elektrik
0.    Maksud Kuasa Elektrik
      §   Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik
      §   Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)
1.     Formula Mencari Kuasa Elektrik
      §   Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )
2.    Kuasa elektrik alatan elektrik
      §   Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian
      §   Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya
      §   Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W