1
. Komponen Elektronik
A. Litar Bersepadu
Litar bersepadu ialah sejenis komponen elektrik yang paling popular digunakan pada peralatan elektronik.
a. Binaan
i. I.C
-Mengandungi gabungan komponen elektronik
seperti
transistor,perintang,diod,dan
pemuat yang diperbuat daripada
bahan separa pengalir.
-Gabungan ini dapat menghasilkan
satu pakej yang sangat kecil
yang dinamakan serpihan. Serpihan
mempunyai satu litar
lengkap atau separa lengkap.
Fungsi
I.C
berfungsi sebagai satu litar yang kompleks dan kecil saiznya
bagi menjimatkan ruang
ii. Wayar emas
- Biasanya digunakan untuk menyambung
serpihan pada pin-pin I.C.
-Serpihan I.C ditutup dengan perumah
plastik atau logam bagi
melindunginya daripada rosak.
iii.
Pin-pin
-Kaki I.C akan bertambah sekiranya
litarnya mempunyai fungsi yang
kompleks..
-Setiap pin I.C mempunyai fungsi yang
tertentu. Nombor-nombor
yang terdapat pada pin I.C dapat
menyatakan fungsi-fungsi I.C
dengan merujuk kepada lembaran
data.
-Lembar data boleh diperoleh
daripada pengilang atau pembekal
yang membekalkan I.C tersebut.
iv
I.C Muzik
- I.C muzik merupakan komponen
elektronik yang menyerupai
sebuah transistor.
-I.C muzik mempunyai 3 kaki.
- Perbezaan IC muzik dengan
transistor biasa, komponen ini dilihat
pada nombor yang tercetak pada badan IC muzik
berkenaan. IC
muzik yang biasa digunakan ialah BT 66T-19L
atau FT 66T-68L.
-Irama yang dihasilkan oleh IC
muzik yang digunakan dalam projek
akan berbeza mengikut nombor atau
jenis IC muzik yang digunakan.
b. Kaedah Pengguna IC dan Cara
Penyimpanan
i . IC adalah sangat kompleks dan
sensitif, maka ia harus digunakan
secara berhati-hati supaya dapat mengelakkan
kerosakan terutama
pada bahagian kakinya.
ii. Kerosakan IC boleh berlaku apabila
suhu terlalu tinggi atau voltan
arus yang berlebihan melaluinya.
iii. Bagi mengelakkan kerosakan, soket
IC harus digunakan untuk
pematerian pada litar. Jangan pateri
terus kepada IC.
B. Suis Mikro
Suis mikro adalah suis yang sangat kecil.
a.Binaan
i - Suis mikro mempunyai tiga pin di
bahagian bawahnya, iaitu pin
COM
(Common), pin NO (Normally open), dan pin NC (Normally
Closed).
ii. Pin COM
- bertindak sebagai punca neutral dalam litar.
Manakala pin NO dan
pin NC bertindak sebagai punca hidup.3) Dalam keadaan biasa suis mikro,satu litar
lengkap akan berlaku daripada pin COM ke pin NC
kerana spring menyentuh sesentuh A.
iii. Manakala apabila tuil penolak ditekan, penolak akan menolak
spring dan menyentuh sesentuh B. Maka satu litar lengkap akan
berlaku daripada pin COM ke pin NO.
Fungsi
a. Suis mikro merupakan suis yang mempunyai dua fungsi dalam
satu suis, suis mikro boleh bertindak sebagai suis tekan tutup dan
suis tekan buka.
b. Suis mikro biasa digunakan dalam sistem penggera dan bertindak
sebagai suis pemutus keselamatan.
C. Mikrofon
Mikrofon ialah komponen elektronik yang
berfungsi untuk menerima
gelombang bunyi dan menukarkannya
kepada gelombang elektrik.
1. Jenis mikrofon yang biasa digunakan
ialah
a) mikrofon gegelung bergerak
(dinamik)
b) mikrofon jenis pemuat
c) mikrofon jenis karbon
Binaan
a. Mikrofon mempunyai sejenis komponen yang dinamakan transduser
yang berfungsi untuk mengesan gelombang
bunyi.
b. Gelombang bunyi yang terkena kepada transduser akan ditukarkan
kepada gelombang elektrik
c. Transduser yang biasa digunakan dalam mikrofon ialah transduser
jenis gegelung bergerak, jenis
pemuat, dan jenis karbon.
D.
Pembesar Suara
Pembesar suara merupakan komponen
elektronik yang digunakan
pada alatan dan perkakas yang
mengeluarkan bunyi.
Ia berfungsi untuk menukarkan
gelombang elektrik kepada gelombang
bunyi.
Binaan
a. Pembesar suara terdiri daripada
magnet kekal, diafragma, gegelung
dawai, kerangka, dan tamatan.
b. Gegelung dililit pada kertas keras
yang berbentuk silinder dan
dilekatkan di hujung diafragma.
c. Gegelung ini ditempatkan dalam sela
udara pada magnet kekal.
d. Kerangka digunakan untuk memegang
diafragma supaya tidak
tertanggal.
Fungsi
a .Gegelung elektrik yang masuk pada
tamatan akan mengalir
melalui gegelung.
b . Hal ini akan menyebabkan medan magnet dihasilkan pada
gegelung.
c. Medan magnet ini akan bertindak balas dengan medan magnet
yang dihasilkan oleh magnet kekal.
d. Tindak balas akan menyebabkan gegelung menolak diafragma.
e. Tolakan ini berlaku berulang kali dan menyebabkan diafragma
bergetar.
f.
Getaran ini akan menghasilkan gelombang bunyi.
Membaca
dan Menterjemah Lukisan Skematik
Lukisan skematik merupakan lukisan yang menggambarkan susunan dan
kedudukan komponen bagi sesuatu projek melalui simbol. Butiran yang
diperoleh dalam lukisan skematik ialah:
a) Komponen
b) Cara penyambungan\
c) Punca bekalan
d) Punca tamatan
Penghasilan Projek
Langkah-langkah menghasilkan projek:
a. Membentuk Kaki Komponen
b. Memasang Komponen
c. Menyemak Pemasangan
d. Mematerikan Kaki Komponen
e. Memotong Kaki Komponen yang
Berlebihan
f. Menguji Projek
g. Membersih dan Menyimpan Alatan Tangan
dan Bahan
h. Aplikasi Projek