Isnin, 12 Mei 2014

ELEKTRIK ELEKTIF TINGKATAN 2


                       
                             



      A Definisi

            a.        Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik
           b.        Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V)
           c.        Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik
          d.        Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I)
          e.        Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus
          f.        Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm


B.  Hukum Ohm
     Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan    

     Rintangan Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm






 a, Meter Ampere

Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar
Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar






b.Meter Pelbagai
Kegunaan
                 Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan
Untuk menguji keterusan litar


Add caption

        c. Bahagian meter pelbagai

A = Skala B = Skru pelaras sifar
C = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat

E = Punca positif F = Punca Negatif
G = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk

               i.        Skala
Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik
              ii.        Jarum Penunjuk
berfungsi menunjukkan bacaan pada skala
            iii.        Skru Pelaras Sifar
berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)
             iv.        Pelaras Sifar Ohm
berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan
              v.        Prob Negatif dan prob Positif
berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik
prob hitam untuk negati dan prob merah untuk positif
             vi.        Tombol Pemilih Julat
berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki
           vii.        Julat
berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur

d.  Membaca meter Ohm pada meter pelbagai
Langkah-langkah membaca meter Ohm
1.     Laraskan tombol ke julat bacaan ohm
2.    Temukan kedua-dua prob negatif dan positif
3.    Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)

      


      C.    Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik



            a  Fius Perkhidmatan
Fungsi – untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil penggunaan



                                    


           Penyambung Neutral
Fungsi – menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral


\\


\\
                         





 jenis digital                                                                            Meter analog



c.  Meter KWJ
Fungsi – untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik
jenis   – terdapat dua jenis meter
  

                           \     
                                     
           
c.    Suis Utama
Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah
Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah
      §   Di dalamnya terpasang fius katrij



                                             


d.    Pemutus Litar bocor ke bumi
         berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas








e.    Kotak agihan berfius
         berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar





                                              




f.    Suis dan Soket
          Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik
           Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

B.    Kuasa Elektrik
0.    Maksud Kuasa Elektrik
      §   Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik
      §   Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)
1.     Formula Mencari Kuasa Elektrik
      §   Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )
2.    Kuasa elektrik alatan elektrik
      §   Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian
      §   Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya
      §   Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W



            




Tiada ulasan:

Catat Ulasan