Khamis, 1 Mei 2014

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK - TING 2



                                  


 FAKTOR- FAKTOR REKA BENTUK

a.  Fungsi
Reka bentuk yang dihasilkan mestilah dapat menyelesaikan masalah dan dapat memenuhi tujuan produk dibuat.

b.    Rupa Bentuk
Rupa bentuk produk dapat menarik perhatian serta minat dan mesra pengguna, serta mempunyai nilai estetika.

c.   Kesesuaian Bahan
Pemilihan bahan mestilah bersesuaian dengan fungsi produk, senang didapati, murah dan selamat digunakan.

d.  Kaedah Pembinaan
Mudah dibuat serta tidak melibatkan proses pembinaan yang sukar.

e.    Ketahanan
Produk yang dihasilkan tidak mudah rosak . Malah tahan lama dan akan memberi keyakinan kepada pengguna untuk menggunakannya.
f.Kos Produk
Kos produk perlu berpatutan supaya tidak membebankan pengguna dan mesti mengambil kira kos bahan, kos upah dan kos overhed.

              g.Kemasan
  Kemasan haruslah bersesuaian dengan bahan dan fungsi produk dan 
                      dapat mempengaruhi perhatian pengguna serta menggambarkan
             kualiti produk.

h.Keselamatan
   Tidak mendatang bahaya kepada pengguna dan kesan buruk terhadap   
    alam sekitar
i.Nilai Komersial
   Memenuhi cita rasa masa kini dan mampu dipasarkan serta menepati   
   kehendak pasaran

                          
   Aluminium

i .Aluminium
    1. Dihasilkan daripada bauksit
    2. Ciri-ciri
      • Pengalir elektrik yang baik selepas tembaga
      • Pengalis haba yang baik
      • Ringan dan mudah dibentuk
      • Mudah dipotong
      • berkilat
    3. Kegunaan
      • Membina badan kapal terbang
      • membuat kabel elektrik voltan tinggi
      • membuat tin minuman dan pekakas dapur.




 ii. Keluli Lembut
a.terhasil daripada campuran besi dan karbon
b.Ciri-ciri :
        • Sejenis logam ferus (mengandungi besi)
        • Mudah dibentuk dan dikerjakan
        • Boleh dibengkokkan
        • Mudah bekarat
       c. kegunaan :
        • Membuat paku
        • Membuat pagar dan gril







  Perspek
iii. Perspek.          
a.Sejenis plastik keras dan berkilat
b.Ciri-ciri
        • Tahan lama dan tidak mudah musnah
        • Mudah terbakar
        • Mudah pecah dan tergores
        • Ringan dan ada yang lutsinar
        • Permukaan rata dan licin
                           c.kegunaan
        • Membuat bekas air
        • Membuat plat nombor dan papan kenyataan
        • Membuat menutup model
        • Membuat prototaip
  






iv. PVC (Polivinil klorida)
      1. Ciri-Ciri
        • Terdapat dalam bentuk paip
        • Ringan mudah pecah
        • Tidak tahan panas dan mudah terbakar
        • Tahan lama
      2. Kegunaan
        • Membuat paip dan sambungan paip




 PROSES REKABENTUK

1.  LUKISAN PROJEK



Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti.


a.       Membuat Lakaran Rekabentuk a. Lakaran 3D - memberi gambaran sebenar projek - daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui - lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik b. Lakaran 2D - menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci - menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi. - lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik





b. Mendimensi Lakaran - Menunjukkan ukuran sebenar projek - Ukuran perlu dibuat         
    dengan tepat dalam unit milimeter (mm).





c. Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai - lakaran terbaik dipilih sesudah   
    penilaian dibuat.

2.  PEMBINAAN


a. Mengukur
   Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan      sesiku L 
b. Menanda
    Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk         pusat.  Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk.
c. Memotong
    Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek.
d. Membentuk
    Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang - Aktiviti   
    membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok
 e. Mencantum
     Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan -    
     Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru


3.  KEMASAN

Kemasan dilakukan supaya projek kelihatan cantik, tahan lama, berkualiti dan selamat digunakan

ALAT KEMASAN



a. Pengikis
   Fungsinya mengikis permukaan bagi membuang cat lama dan tanda       
   mengelupas.


b. Berus cat
   Kegunaan untuk menyapu cat - Saiz ditentukan oleh kelebaran berusnya - 
   Penggunaan saiz berus adalah berdasarkan saiz ruang yang akan dicat




c. Berus Syelek
   Kegunaan untuk menyapu varnis, lekar, tona kayu dan syelek - Ada dua         jenis iaitu :  
   berus jenis tangkai buluh dan jenis tangkai kayu




d. Kertas Las
    Digunakan untuk melicinkan permukaan bahan - Dibezakan mengikut             kekasaran 
     dan kehalusannya - Kertas lan dan grednya:
     Gred Kasar/Halus 00
          Paling halus 0
          Halus 1
          Sederhana 2
          Kasar 3
          Paling kasar

e. Tepung Penyumbat
    Digunakan untuk menutup liang-liang atau celahan pada kayu - Dibancuh       dengan  air. Tujuannya supaya projek kelihatan kemas



4. BAHAN KEMASAN
     Mencantikkan projek/tahan lama



       
   a. Cat Licau (cat kilat) 
       Menghasilkan permukaan licin, berkilat dan kalis air - Sesuai untuk 
       kemasan luaran - Bahan pelarutnya ialah turpentine



    b. Cat Sembur
        - Menggunakan penyembur, cepat kering



    c. Syelek
        - Ada dua jenis iaitu bentuk kepingan dan cecair - Tidak tahan haba            dan tidak kalis air - Bahan pelarutnya adalah spirit metal




     d. Varnis
         - Kalis air dan haba - Hasilkan kemasan yang berkilat



    e. Tona Kayu
       - Kalis air dan haba - Hasilkan kemasan yang cantik daan berkilat




     f. Semburan Lekar Jernih
       - Kalis air dan kalis haba, ianya cepat kering



     f. Pelekat
      - Pelbagai warna, bentuk dan corak - Kebanyakan pelekat mempunyai glu


5.    MEMBUAT KEMASAN

 Apabila membuat kemasan pada projek pastikan perkara berikut dipatuhi :

 a. Permukaan yang nak disapu mestilah bersih, bebas dari habuk, minyak            atau karat b. Gosok  
     dengan kertas las jika permukaan kotor, berkarat atau kasar
b.  Goncangkan tin atau bekas cat atau varnis sebelum digunakan
c   jika guna cat semburan, sila sembur pada jarak 30cm dari projek
d  . Pastikan kemasan kering sebelum dicat berikutnya
e.  Sapu cat sehala sahaja mengikut urat kayu


.6. REKABENTUK PROJEK

 A.   PERNYATAAN MASALAH ATAU KEPERLUAN

        a. Mengenalpasti Masalah Atau Keperluan - Supaya jalan penyelesaian             dapat dicari
        b. Mengumpulkan Maklumat Atau Data - Maklumat yang perlu dicari                 ialah rupa bentuk projek,  bahan digunakan, saiz projek dan 
            teknologi yang digunakan - Cara mengumpul  maklumat   ialah :

                i. memerhatikan projek sedia ada  
                ii. lawatan
                iii. perbincangan, meneliti bahan bacaan
                v. internet

         c. Menentukan Kriteria Reka Bentuk - Boleh berfungsi, mudah dibina -              Selamat digunakan, kukuh dan stabil serta bernilai komersil
        d . Menyenaraikan Alternatif Penyelesaian Dalam Bentuk Lakaran -                   Melakarkan beberapa jenis dan bentuk lakaran

 B.     PERANCANGAN, PEMBINAAN DAN PENGUBAHSUAIAN

         a. Menentukan dan Merancang Pembinaan Projek
         b. Menyediakan Jadual Kerja
         c. Menyenaraikan Alatan Tangan, Bahan dan Mesin yang Diperlukan
         d. Membina Projek Berdasarkan Lukisan Kerja yang Dipilih
         e. Menguji dan Menilai Projek
         f. Mengubahsuaikan Projek

  C.   PENDOKUMENTASIAN


         1. Mengumpulkan dan Merekodkan Maklumat Projek - Maklumat yang               disimpan ialah:

            a. pernyataan masalah
            b. lakaran proje                
            c. lakaran projek yang dipilih
            d. senarai bahan, alatan dan mesin yang digunakan
            e. jadual kerja
            f. data pengujian dan penilaian
             g. maklumat pengubahsuaian
             h. kos projek

          2. Mengira Kos Pengeluaran Projek Cara mengira kos pengeluaran :
              Kos Pengeluaran : Kos Bahan + Kos Upah + Kos Overhead
              Contoh Pengiraan :

               a. Kos bahan : RM8.25
               b. Kos upah : RM14.95
              c. Kos Overhead : RM0.70 Maka kos pengeluaran :
                Kos bahan+kos upah+kos overhead kos projek 
             f. tempoh masa pembinaan projek g. teknologi yang digunakan
         3.  Membuat Persembahan Projek - Kandungan persembahan ialah :

           a. nama projek 

           b lakaran rupa bentuk projek
           c. fungsi projek 
           d. bahan, alatan dan mesin
           e. anggaran          

   7.  PROSES REKABENTUK

   A.  LUKISAN PROJEK
          Lukisan projek memberikan maklumat lengkap sesuatu projek. Melalui           lukisan, rupa bentuk projek, dimensi, bahan, teknologi pembuatan dan           peralatan yang akan digunakan dapat dikenal pasti.

1. Membuat Lakaran Rekabentuk
. Lakaran 3D - memberi gambaran sebenar projek - daripada lakaran 3D, panjang, lebar dan tinggi projek dapat diketahui - lakaran 3D boleh dibuat melalui lakaran oblik dan lakaran isometrik b. Lakaran 2D - menghuraikan lakaran projek dengan lebih terperinci - menunjukkan bentuk sebenar objek dalam dua pandangan, atau tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi. - lakaran 2D dilukis dalam unjuran ortografik

2. Mendimensi Lakaran 
- Menunjukkan ukuran sebenar projek - Ukuran perlu dibuat dengan tepat dalam unit milimeter (mm).

3. Menilai dan Memilih Lakaran yang Paling Sesuai 
- lakaran terbaik dipilih sesudah penilaian dibuat.


8.PEMBINAAN

 1. Mengukur - Ukur dengan peralatan seperti pita pengukur, pengukur keluli, pensil dan sesiku L

 2. Menanda - Peralatan menanda adalah pisau penanda, pensil, penggarit dan penebuk pusat. - Bagi mengelakkan kesilapan pemotongan bahan dan rekabentuk.
 3. Memotong - Peralatan memotong ialah gergaji besi, gunting besi dan pemotong perspek.
 4. Membentuk - Membentuk dilakukan sebelum bahagian projek dipasang - Aktiviti membentuk ialah melengkung, melipat dan membengkok
5. Mencantum - Proses memasang bahagian yang telah dipotong dan dibengkokkan - Kerja-kerja mencantum ialah meribet, melekat dan menskru.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan